BPMS. Budaya Politik Matang dan Sejahtera

Susur Galur Pembangunan BPMS

BPMS ada sbuah penyusunan semula pelbagai gagasan besar yang telah dikemukan oleh pimpinan-pimpinan PAS sejak awal penubuhannya lagi. Prinsip, sikap dan tindakan yang diambil mereka di sepanjang sejarah, melakarkan pelbagai pendekatan politik dengan rencamnya masing-masing. Walaupun pendekatan tersebut pelbagai, kesemuanya adalah berlandaskan ajaran Al Quran dan As Sunnah serta asa-asas syarak yang lain yang diguna pakai mengikut kesesuaian dengan susana persekitaran mereka.

 

Al Marhun TG Dato’ Fadzil Noor, dan Al Marhum TG Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambahkan lagi warna-warni dalam pendekatan politik PAS. Pelbagai gagasan dan contoh teladan telah dianjurkan di sepanjang perjuangan mereka yang istiqamah dengan PAS hingga ke akhir hayat.

 

TG Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang pula, Presiden PAS sekarang, telah meningkatkan dan memperkasakan lagi keserlahan peranan PAS dalam membawa pelbagai gagasan sebagai penyelesaian kepada kemelut sosail, ekonomi dan politik rakyat di negara ini. Semuanya berasaskan ajaran Al Quran dan As Sunnah. Dengan pelbagai cabaran yang dihadapi terutamanya di era alam maya, langit terbuka ini, adalah tidak mudah bagi pimpinan PAS memerhati, mengolah dan membuat keputusan-keputusan besar politik negara sambil memastikan setiap langkah yang diambil, kesemuanya sentiasa dalam lingkungan syarak, agar sempadan dan redha Allah tidak sekali-kali dipertaruhkan. Hanya dengan keilmuan yang tinggi, pengalaman yang luas, kecekalan yang jitu serta hubungan kerohanian yang mantap, semua ini dapat ditangani. Itulah legasi peninggalaln semua pimpinan PAS yang diteruskan dan diperkasakan oleh kepimpinan dan keseluruhan ahli PAS hingga sekarang.

 

Maka lajnah Pemerkasaan PAS Pusat di bawah teraju Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Mat telah mengambil inisiatif untuk menyusun kesemua perkara tersebut dalam bentuk sebuah Budaya Politik Islam yang dijenamakan sebagai Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Sekaligus BPMS menjadi gagasan besar PAS bukan hanya untuk organisasi PAS, tetapi untuk keseluruhan rakyat di negara tercinta ini, bahkan ke seluruh masyarakat dunia.

 

linkedintwittermailFacebook