BPMS. Budaya Politik Matang dan Sejahtera

Rundingan Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra Dengan Pihak Tesco Bandar Puteri Bangi Penuh Harmoni

14222180_1120355628019864_8806356972654493936_nAlhamdulillah. Kunjungan Mahabbah AJK Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) diketuai oleh YDP PPBSP, Ust Nushi Bin Mahfodz dengan Pengurus Stor Tesco Bandar Puteri Bangi, En Rosman bin Kamarulzaman pada hari Jumaat, 2hb Sept 2016 pada jam 5.30-6.30pm telah berlangsung dalam suasana yang amat harmoni.

En. Rosman telah mengesahkan bahawa liquor tidak pernah dan tidak akan dijual di Tesco Bandar Puteri Bangi. Pihak Tesco Bandar Puteri Bangi telah mengakui kesilapan mewujudkan liquor store tersebut di Tesco Bandar Puteri Bangi dan memberi jaminan akan berstatus bebas liquor dalam masa 1 minggu.

 

Sumber: Facebook Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra