“Ahli Pas perlu menjauhi penampilan retorik tanpa membawa pelan menyelesaikan, gagasan, cadangan atau langkah bertindak mengatasi sesuatu isu dan perkara” kata beliau dalam ucapan perasmiannya itu.

Tambah beliau: “ Laungan kasar dan menghukum tanpa fakta yang sahih sehingga bertentangan dengan hati budi psikologi masyarakat Malaysia mestilah dihindarkan”.

Bagi penulis, kenyataan ini sepatutnya lahir sejak dulu lagi. Pas tidak boleh lari daripada hakikat sebuah badan politik yang bertunjangkan dakwah dan tarbiah. Sejak revolusi Iran, Pas mengambil pendekatan sebaliknya sehingga wujud perpecahan dalam kalangan orang Melayu terutama hubungan Pas-UMNO.

Bila Pas menyertai pakatan pembangkang, gerakan melabel UMNO dan pihak lain berlaku. Baru kini Abdul Hadi menyedari DAP itu anti Islam. Kesannya terhadap akar umbi berdendam dan membenci UMNO amat luar biasa sekali.