BPMS. Budaya Politik Matang dan Sejahtera

“Penasihat” – Aspirasi Al-Quran vs Aspirasi Kebendaan

*”PENASIHAT”* – Aspirasi Al Quran vs Aspirasi Kebendaan

Haji Mohd Nurkhuzaini, Ketua Penerangan, PAS Putrajaya

Beberapa bulan lepas DSTGHH Presiden PAS buat satu kenyataan *”mengejutkan”* iaitu beliau (dan PAS) bersedia jadi Penasihat kpd kerajaan Malaysia.

Perkataan *”PENASIHAT”* adalah sinonim dgn perkhidmatan penasihatan (advisory) atau perundingan yg biasa dilantik oleh pihak kerajaan mahupun swasta dalam urusan tertentu.

Itulah persepsi konvensional. Maka lahirlah komentar segera oleh pelbagai pihak, khususnya musuh politik TGHH/PAS yang menuduh beliau sebagai mengejar jawatan, mencari kedudukan.

*Di sinilah letaknya kesilapan pihak berkenaan.*

Menilai pandangan DSTGHH dari perspektif konvensional, lebih-lebih lagi dalam aspek “mengejar” jawatan dan kedudukan murahan seperti itu adalah satu kesilapan besar. Bukan hanya DSTGHH seorang, bahkan keseluruhan pimpinan utama Pas sejak dahulu tidak berfikir dalam jalur pemikiran konvensional beraspirasikan kebendaan. Mereka berfikir dalam kerangka *Al Quran* dan *As Sunnah.* Pandangan mereka beraspirasikan Islam, bertunjangkan Al Quran dan As Sunnah serta garis garis syarak lainnya.

Apabila Presiden PAS sebut perkataan *”PENASIHAT”*, bukan jawatan advisory atau perundingan atau seumpamanya yg dimaksudkan beliau.

Lalu apa maksudnya yang sebenar?

*”PENASIHAT”* yang dimaksudkan oleh DSTGHH ialah seperti yg termaktub di dalam Al Quran, Surah Al A’raf, ayat 68; “Tugasku ialah menyampaikan kepada kamu risalah Tuhanku, dan aku adalah *PENASIHAT* yang benar kepada mu”.

Ayat ini menaqalkan kata-kata Nabi Allah Hud kpd kaumnya.

Tugas *Penasihat* ialah memberi panduan atau bimbingan dalam sesuatu perkara yang mana si Penasihat adalah lebih mahir, berilmu dan berpengalaman berbanding orang yang diberi nasihat.

Tugas ini juga beraspirasikan Al Quran seperti dinyatakan dalam Surah An Naziat, ayat 19; “dan aku bimbing engkau kepada Tuhan mu agar engkau menjadi gerun kepadaNya”, di mana Nabi Allah Musa a.s diperintahkan Allah untuk menawarkan nasihat dan bimbingan kepada Firaun yang masyhur kezalimannya.

Bahkan boleh dirujuk pelbagai ayat Al Quran berkaitan tugas tugas nasihat ini, antaranya
– Al A’raf, 21
– Al A’raf, 62
– Al A’raf, 79
– Al A’raf, 93
– At Taubah, 91
– Hud, 34
– Yusuf, 11
– Al Qasas, 12
– Al Qasas, 20

Maka inilah perspektif DSTGHH apabila mencadangkan kesanggupan beliau dan PAS menjadi *PENASIHAT* kepada kerajaan Malaysia.
TIDAK sekali kali bermaksud mengejar jawatan dan kedudukan murahan seperti yang dituduh pelbagai pihak secara melulu.

Apa yang TGHH utarakan ialah sebahagian dari intipati Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang di pelopori PAS sekarang. Ia terkandung dalam *Ciri 2 : Politik Dakwah.*

Kesemua para rasul dan nabi-nabi menekankan kepada dakwah yang berobjektifkan mengajak manusia kepada keesaan Allah dan mengambil Islam sebagai sistem hidupnya. Ini bertentangan dengan politik konvensional yang bermatlamatkan pemusnahan kepada musuh politik masing-masing.

Ini lah agenda *”PENASIHAT”* DS Presiden PAS. Sebagai mana para Rasul dan Nabi menasihati pemimpin dan kaum mereka, maka PAS juga meneruskan kesinambungan tanggungjawab tersebut, menasihati kerajaan Malaysia dalam perkara yang mendekatkan kepada Ad Deen Al Islam, seterusnya membawa pelbagai manfaat kepada semua rakyat.