BPMS. Budaya Politik Matang dan Sejahtera

Muqaddimah

holly-Quran_5PAS telah berjaya melaksanakan politik matang sejak dahulu sehingga sekarang. Ia menjadikan PAS tidak mencetuskan ketegangan dalam satu Negara, satu Ummah, satu Bangsa dan satu Masyarakat Majmuk. Ia juga menjadikan PAS tidak terikut-ikut dengan parti-parti lain, termasuk Parti Islam di luar negara.

 

Mereka yang mengikut PAS secara tumpangan tanpa membaca sejarah dan menghayati dasar dan konsepnya, pasti terpelanting atau dicampak keluar daripada PAS. PAS berpengalaman melaksanakan kerjasama dengan semua pihak, kumpulan Islam dan bukan Islam, bersama kerajaan dan pembangkang, diperingkat negeri dan pusat.

 

Semua perlaksanaan pendekatan tersebut dengan muzakarah para ulamak dan pimpinan di peringkat tertinggi mengikut perhitungan Islam dan politik. Kebiasaanya, pendekatan dan strategi dahulu tidak diulangi dengan cara yang sama, kerana perlu dipelajari segala kesilapan dan kelemahannya.

 

Amat penting bagi perjuangan Islam seperti PAS ialah memandu ummat dan negara, bukannya menjulang tokoh dan kumpulan tertentu.

 

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

15 Rejab 1473H / 23 April 2016M

linkedintwittermailFacebook