Membudayakan Politik Yang Matang.
Para Rasul as adalah pemimpin politik ummah di sepanjang zaman. *Politik yang dipraktiskan oleh mereka adalah sebagaiĀ wahana ke arah pembentukan sebuah peradaban manusia* yang hebat. Sendi utama politik para Rasul as ialah :
i – membina aqidah dan prinsip kehidupan
ii – menyatukan ummah dengan kasih sayang dan suluh perdamaian
iii – menegakkan kebenaran dan membenam kebathilan
iv – mendaulatkan syariat dan memerangi fitnah
v – mendirikan kesaksamaan dan menolak penindasan.
*Politik yang matang adalah politik idaman semua pihak, kecuali mereka yang rosak hati budi dan busuk perut pedal mengharapkan politik gasar berbudaya songsang. Mengimpikan perpecahan dan gemar bermain api fitnah.*
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin bin Hassan