BPMS. Budaya Politik Matang dan Sejahtera

KUNJUNGAN MAHABBAH DPPNJ KE PEJABAT MUFTI NEGERI JOHOR

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

KUNJUNGAN MAHABBAH DPPNJ KE PEJABAT MUFTI NEGERI JOHOR

Tarikh: 9 Oktober 2016 / 8 Muharram 1438H

Setinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana telah mempermudah urusan Delegasi Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ke Pejabat Mufti Negeri Johor pada pagi tadi, 9 Oktober 2016.

Pertemuan yang berlangsung selama 2 jam itu, yang bermula dari 9 pagi telah berlangsung dengan penuh kemesraan dan ukhuwah yang baik. Delegasi DPPNJ diketuai oleh Ust Juwahir Amin selaku Ketua DPPNJ, bersama TKP DPPNJ, Ust Ahmad Nawfal Mahfodz yang bertindak sebagai Pengarah _Task Force_ RUU355 DPPNJ, Sdr Faizal Rizal Abd Hamid (Setiausaha DPPNJ), Ust Abdul Hadi Harun (Penerangan) dan Ust Zarul Salleh (Dakwah).

Kami amat berbesar hati dan merakamkan jutaan penghargaan atas kesudian pihak Pejabat Mufti menerima kunjungan DPPNJ. Perbincangan dua hala ini tertumpu kepada lontaran pandangan dan cadangan berkenaan pindaan RUU355. Pihak Pejabat Mufti menerima baik pindaan tersebut atas dasar keperluan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah. DPPNJ menerima baik segala sumbang saran yang diberikan, terutama oleh Datuk Mufti sendiri; Sohibus Samahah Datuk Tahrir yang berpendirian “sekiranya terlaksa pindaan tersebut, tiada masalah untuk ia dilaksanakan di Negeri Johor” – Datuk Mufti.

Pejabat Mufti Negeri Johor diwakili oleh YB Datuk Mufti Negeri Johor sendiri; Sohibus Samahah Al-Fadhil Datuk Tahrir Kiyai Hj Shamsudin. Turut bersama dalam pertemuan tersebut Timbalan Datuk Mufti, Kadi Besar, dan Penolong Pegawai yang berkenaan.

Semoga ia menjadi permulaan yang baik untuk kita terus bekerjasama seperti kenyataan Datuk Mufti dipetik berkata “Hati kita sama. Semoga kita akan terus bersama terutama dalam soal kedaulatan Islam”.

“Budaya Politik Matang dan Sejahtera”

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

Yang menjalankan tugas,
AHMAD NAWFAL BIN DATO’ MAHFODZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

http://m.facebook.com/pemudapasjohor/