BPMS. Budaya Politik Matang dan Sejahtera

Gembeling Sumber Jayakan BPMS: Tn. Hj. Amzad Hashim

GEMBELING SUMBER JAYAKAN BPMS

Kriteria BPMS adalah cabaran kepada kita memanfaatkan sumber dalam organisasi kita, memperbetul amalan yang tidak baik diganti amalan baik yang menguntungkan perjuangan dan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.

Bukan mudah memperoleh keyakinan rakyat yang pelbagai peringkat umur, agama, kaum dan latar belakang.

Kita perlu dilihat baik dan menjadi rahmat untuk mereka.

Bukan mudah menjadi sebahagian dari usaha besar menyelesaikan pelbagai masalah dalam negara.

Ia perlu kepada kebijaksanaan, ilmu, kemahuan yang kuat, usaha yang gigih bersungguh sungguh dan akhlak Islami yg berpandu syariat.

Menonjolkan kecemerlangan bukan tanggungjawab ahli dan penyokong sahaja.

Ia perlu diinspirasikan oleh kecemerlangan yang ditunjukkan pemimpin.

Kerana itu buanglah perwatakan yg menenggelamkan kehebatan / izzah kepimpinan Islam.

Jadilah bijaksana dan dilihat bijak. Jadilah pemimpin yang dilihat memimpin. Islam itu menguasai, pemimpin pandangan awam. Bukannya lemah dan diperlekeh rakan dan lawan oleh tindakan segelintir yang kurang cermat.

Menjadi Rasional dan Profesional bukan kriteria yg boleh dibuat buat. Ia perlukan banyak pembudayaan ilmu, perbincangan serius yg ilmiah dan bertanggung jawab. Wacana intelektual. Bukan sembang kedai kopi yang sambil lewa.

Kena rajin, gigih dan berani.

Itu yg sedangkan dibangunkan dalam PAS dengan pelbagai ” kumpulan pemikir strategik” yg dianggotai para profesional dan ulama dalam PAS.

Ia membantu kita membuat keputusan yang lebih tepat dan mantap ketika orang lain masih meraba raba kegelapan.

Ketika persepsi rakyat memuncak positif, cabaran besar kita memberikan pilihan yang paling baik yang meyakinkan semua. Dasar yang baik. Batang tubuh yg baik.

KALI INI BIAR ISLAM MEMIMPIN
INILAH PENYELESAIAN KITA

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
19hb November 2016