BPMS. Budaya Politik Matang dan Sejahtera

DHPP

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama Bala-DHPP1PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menafikan dakwaan kononnya PAS ditolak pengundi bukan Islam terutamanya di kawasan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sebaliknya Ketua DHPP, N.Balasubramaniam berkata, sokongan bukan Islam kepada PAS semakin meningkat, kerana mereka menerima perjuangan yang dibawa parti itu ketika ini.

“Dakwaan kononnya bukan Islam terutamanya pengundi Cina sudah lagi tidak menyokong PAS tidak benar. Kami sudah mula turun padang berjumpa dengan pengundi bukan Islam, mereka menyambut baik PAS. Kami juga mendapati bukan semua orang Cina menyokong DAP, ada juga yang tidak suka DAP,” katanya.

“Dia juga menyifatkan pengundi bukan Islam di kedua-dua Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah pandai menilai dan dia yakin sokongan tersebut kini berdasarkan penerimaan bukan Islam kepada PAS,” katanya kepada FMT.

Mengulas kehadiran sekutunya dari Pakatan Harapan (PH) iaitu AMANAH dalam dua PRK pada 18 Jun ini, N.Balasubramaniam yakin, ia langsung tidak mengugat kedudukan parti Islam itu.

Kehadiran AMANAH menerusi PH tidak akan menjejaskan kedudukan PAS, malah kita tidak akan putus asa dan akan terus lawan. AMANAH sebenarnya nak tunjuk ego mereka sedangkan mereka tahu kedua-dua kerusi tersebut milik PAS.

“Dalam masa sama, saya akui sedih bila AMANAH mahu bertanding. Ia melumpuhkan tujuan kita untuk mengalahkan BN. Penyertaan AMANAH menjadikan pertandingan tiga penjuru bukan untuk berjuang untuk rakyat. Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri mengakui hanya PAS boleh tewaskan BN dalam pilihanraya,” katanya.

N.Balasubramaniam menambah, jentera DHPP juga telah bersedia untuk turun berkempen bagi membantu calon PAS memenangi pilihan raya dan menjadikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksakan kerajaan BN menjadi agenda utama kempen