BPMS. Budaya Politik Matang dan Sejahtera

Definisi dan 7 Ciri Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)

img-20160918-wa0031

Maksud Al Quran:
Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lema-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlahdengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduinaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

(surah Aali Imran : 159)

BPMS adalah sebuah budaya berpolitik yang mengutamakan kematangan semua pihak dalam membuat keputusan dan tindakan yang seterusnya membawa kepada kesejahteraan kehidupan seluruh masyarakat di negara ini.

 

PENJELASAN BPMS

 

BPMS mempunyai dua komponen utama: Matang dan Sejahtera.

 

Komponen pertama, “Matang” merujuk kepada proses. Ia menekankan kepada proses yang berlandaskan kepada pemikiran yang masak berpandukan kepada data dan hujan bagi kesemua pihak, khasnya parti-parti politik dan rakyat membuat penilaian, menentukan sikap dan tindakan terhadap sesuatu isu yang timbul di negara ini.

 

Komponen kedua, “Sejahtera” pula merujuk kepada natijah atau matlamat kepada semua tindakan politik oleh mana-mana pihak iaitu semuanya mestilah ke arah membawa kesejahteraan kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini.

 

BPMS menjadi sebuah gagasan baru yang diketengahkan ke dalam masyarakat agar semua pihak menghayati budak berpolitik yang tidak berpaksikan pengeseran, tetapi berpaksikan perlumbaan membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

 

Penjelasan 7 Ciri Budaya Politik Matang dan Sejahtera

 

 

linkedintwittermailFacebook